KVO814: SISTEM MEREKOD SALAH LAKU DISIPLIN PELAJAR (MURNI)

MUHAMMAD NORFIRDAUS BIN NOORHISHAM KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 13 Views | 45 times | LS: 45.0
Like it? | Support them now!

Majoriti pelajar dan pensyarah di Kolej Vokasional Shah Alam sedia maklum ketika ini bahawa tiada platform rasmi untuk pensyarah dan pelajar membuat aduan terhadap pelajar yang bermasalah disiplin kepada unit Hal Ehwal Pelajar. Kaedah aduan sedia ada hanyalah melalui panggilan telefon atau mesej yang tidak formal. Malahan, rekod kesalahan disiplin juga disimpan menggunakan kaedah borang dan hanya rekod kesalahan berat disimpan. Oleh itu, sebuah Sistem Merekod Salah Laku Disiplin Pelajar ataupon nama singkatannya, Murni telah dibangunkan. Nama Murni diambil daripada perkataan nilai murni yang melambangkan tingkah laku positif dan merupakan kata akronim bagi kesalahan disiplin yang melambangkan tingkah laku negatif.