KVO455: EPOCH-ENIGMA X

Nurul Khairina Binti Zainal Institute Of Teacher Education Tawau Campus

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 17 Views | 36 times | LS: 36.0
Like it? | Support them now!

Inovasi Epoch-Enigma merupakan satu permainan digital yang dihasilkan bagi tujuan pembelajaran sejarah. Epoch bermaksud zaman atau era yang tertentu manakala enigma pula merupakan perkataan yang diambil dari bahasa yunani iaitu “teka-teki”. X bermaksud pembaharuan yang baru di dalam permainan ini. Penggunaan perkataan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tentang teka-teki zaman sejarah. Melalui dapatan kajian pelajar sekolah rendah SK Balung, pembelajaran sejarah merupakan subjek yang sangat membosankan dan susah untuk mengingati fakta. Rangkaian internet di kawasan Balung adalah pada tahap agak memuaskan iaitu capaian internet yang kurang. Maka inovasi ini diciptakan bagi memudahkan murid untuk mempelajari sejarah dalam suasana didik hibur dan mesra pengguna iaitu permainan digital tanpa memerlukan jaringan internet. Bahan yang digunakan ialah sepenuhnya secara digital iaitu penggunaan microsoft powerpoint dan diinovasikan menjadi lebih menarik. Metodologi penghasilan ini ialah dengan merancang terlebih dahulu masalah utama murid-murid terutamanya yang berada di luar bandar serta kurang capaian internet dan akhirnya membina permainan yang bersesuaian dengan trend semasa agar murid-murid di luar bandar juga tidak ketinggalan. Seterusnya, inovasi ini direka dan dibina sepenuhnya dengan mengambil features tertentu dan dimasukkan serta menyunting supaya dapat digunakan dengan baik serta memasukkan juga elemen-elemen menarik didalamnya. Akhir sekali, inovasi ini juga telah dinilai ketika membuat percubaan di SK Balung, Tawau dan mendapat maklum balas yang positif daripada murid-murid dan guru. Oleh itu bagi meneruskan pembelajaran digital seiring dengan Revolusi 4.0, maka permainan ini telah diinovasikan supaya dapat memberi kesamarataan digital learning kepada pelajar luar bandar dan di bandar.