KVO696: SOLAR DRAINAGE CLEANER

RAPHAEL RAJ ANAK EMPALING KOLEJ VOKASIONAL KUCHING

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.3071 | 43 Likes | 140 Views | 89 times | LS: 145.2
Like it? | Support them now!

Solar Drainage Cleaner ini merupakan hasil idea yang tercetus berdasarkan permasalahan yang dihadapi di kawasan perumahan iaitu sampah pejal yang bertakung dan menyebabkan longkang tersumbat sehingga boleh menyebabkan banjir kilat di sesuatu kawasan perumahan. Solar Drainage Cleaner ini dikuasakan oleh sistem solar dan bateri 12 yang akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan bekalan kuasa yang boleh dibawa ke mana-mana tanpa memerlukan bekalan kuasa AC. Selain itu, ianya juga digerakkan oleh motor 12V DC untuk menggerakkan sproket dan rantai. Rantai basikal akan digerakkan oleh sproket dan motor DC. Solar Drainage Cleaner ini diperbuat daripada besi bagi memastikan ketahanan fizikalnya yang tinggi seterusnya akan mengurangkan risiko kerosakan yang disebabkan oleh sampah yang terkumpul dari longkang tersebut. Solar Drainage Cleaner ini mampu untuk menampung sampah pejal dengan kapasiti maksima sebanyak 1.5 KG. Dengan adanya Solar Drainage Cleaner, dapat memudahkan penduduk di sekitar taman perumahan dalam melakukan kerja-kerja pembersihan sistem perparitan dan sistem aliran daripada sampah pejal. Seterusnya dapat mengawal risiko banjir kilat di Kawasan perumahan tersebut.