KVO1154: COLOUR COGNITIVE BOARD (CoCo Board) : Mesra Pada Mata

AINUL DANIA BINTI HAMIDI KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.2857 | 26 Likes | 91 Views | 56 times | LS: 89.4
Like it? | Support them now!

Penggunaan papan kekunci dengan penjarian yang betul merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam pelaksanaan amali. Walaubagaimanapun, pelajar novis tidak mempunyai pengetahuan berkaitan kedudukan tangan dan sukar menghafal penjarian yang betul pada keycaps ketika menaip. Oleh itu, Colour Cognitive Board (CoCo Board) dibangunkan dengan keycaps berwarna warni untuk mewakili kedudukan penjarian yang betul pada papan kekunci sebagai langkah dalam membantu memantapkan kemahiran menaip dengan memudahkan pelajar untuk menghafal kedudukan penjarian pada keycaps dengan betul. Justifikasi warna pada papan kekunci CoCo Board adalah berdasarkan daripada nasihat dan cadangan daripada pegawai perubatan pakar mata bahawa warna tersebut sesuai untuk kesihatan mata. Oleh itu, penggunaan CoCo Board dapat membantu meningkatkan kecekapan menaip dengan ciri-ciri ergonomic yang baik dalam kalangan pelajar.