SAIFUL IDHAM BIN M. JUPRI PPKI SMK SRI TANJUNG
Murid berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) mempelajari konsep kitar semula dalam subjek Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar. Mereka menjalankan projek membuat pasu simen daripada bahan terbuang yang terdapat di persekitaran sekolah seperti bangku makmal, tuala terpakai, minyak masak terpakai, plastik sampah dan bekas plastik makanan. idea membuat pasu simen ini diambil daripada youtube. Oleh itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid juga mencari idea membuat projek kitar semula dengan melayari internet. Projek ini membantu murid lebih yakin dalam menghasilkan sesuatu produk disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk menggunakan teknologi maklumat dalam menghasilkan video projek yang dinamakan myTCPOT. Video inovasi ini pernah menyertai beberapa pertandingan dan ditambahbaik dari segi bahan pembuatan pasu simen & kegunaan pasu simen yang boleh dipelbagaikan untuk tujuan komersialan.