Nur Elleesa Binti Norman SMK SANDAKAN
Ard Revenues ialah satu inovasi berbentuk video pendek lakonan murid yang bertujuan untuk
memperkenalkan secara jelas konsep cukai tanah dan cukai petak (hak milik strata)
kepada pelajar Tingkatan 5 dalam subjek Matematik, di samping membantu mereka
membezakan dengan lebih mudah antara cukai petak dan cukai pintu. Tujuan utama
inovasi ini adalah untuk memberikan pemahaman awal yang kukuh tentang jenis-jenis
cukai hartanah, menjelaskan pemilikan strata yang sering menimbulkan kekeliruan, dan
mendedahkan pelajar kepada kesan negatif pengelakan cukai tanah. Pernyataan
masalah yang dikenal pasti ialah kebanyakan pelajar keliru antara cukai petak dan cukai
pintu kerana kedua-duanya melibatkan hartanah, tetapi dikenakan oleh pihak berkuasa
berbeza. Tambahan pula, topik ini selalunya diajar secara teori semata-mata, tanpa
pendekatan kontekstual yang boleh mengaitkan pelajar dengan situasi sebenar.
Kekeliruan ini mengakibatkan pelajar tidak dapat menjawab soalan berbentuk aplikasi
dengan tepat serta sukar memahami perbezaan tanggungjawab antara pemilik
hartanah strata dan pemilik rumah individu. Inovasi ini menyelesaikan masalah dengan
menjadikan pembelajaran lebih visual, kontekstual, dan mudah difahami kerana pelajar
melihat sendiri situasi yang dilakonkan secara realistik. Inovasi ini juga membantu
pelajar mengingati konsep melalui pengalaman pembelajaran aktif dan menyeronokkan.
Impak positif yang diperoleh ialah peningkatan kefahaman terhadap isu berkaitan
tanggungjawab membayar cukai, dan pencapaian akademik yang lebih baik. Selain itu,
kekeliruan murid terhadap perbezaan cukai tanah, cukai petak, dan cukai pintu dapat
dikurangkan secara ketara. Akhir sekali, murid dapat membina kemahiran KBAT dan
pemikiran reflektif melalui analisis situasi dalam lakonan.