KVO1123: PRODUK INOVASI SNEK BERASASKAN PUCUK UBI (SNEK KUBI)

ABDUL HAKIM DARWISY BIN JOHARI KOLEJ VOKASIONAL MUAR

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.1358 | 11 Likes | 81 Views | 107 times | LS: 119.5
Like it? | Support them now!

ABSTRAK Pucuk ubi kayu mempunyai potensi besar sebagai sumber makanan alternatif yang bernilai. Kajian ini memberikan tinjauan menyeluruh tentang nilai pemakanan, manfaat kesihatan, dan potensi penggunaan pucuk ubi kayu dalam industri makanan. Pucuk ubi kayu kaya dengan serat, vitamin,mineral,dan senyawa fitokimia yang mempunyai sifat antioksida dan anti-radang. Pengambilan pucuk ubi kayu dapat menyokong kesihatan pencernaan, mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit jantung, serta meningkatkan sistem imun. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan produk inovasi snek sheet daripada pucuk ubi kayu,mengenalpasti suhu dan masa yang sesuai yang sesuai untuk membakar snek sheet dan menilai tahap penerimaan responden dari segi rasa rupa,warna dan tekstur. Metodologi kajian ini menggunakan model ADDIE untuk membangunkan produk inovasi snek kubi berasaskan pucuk ubi kayu. Penghantaran sampel ke Makmal Pengujian Makanan untuk kandungan nutrisi produk. Kaedah Pengumpulan data menggunakan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik sebagai instrument kajian. Soal selidik dijalankan secara digital iaitu dengan menggunakan Google Form. Seramai 32 orang pelajar dan pensyarah jabatan hospitaliti di Kolej Vokasional Muar adalah responden bagi mendapatkan data berkaitan produk snek berasaskan pucuk ubi kayu. Keywords: pucuk ubi, snek, model ADDIE