YI889: SAIDINA HIJRAH

MYA FARIHAH BINTI RAZALI SM SAINS MUAR

'Saidina Hijrah' merupakan satu projek inovasi Pendidikan Islam yang diambil daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam bidang sirah tingkatan 2. Bidang sirah merupakan bidang yang agak sukar dikuasai oleh murid kerana terdapat banyak fakta yang perlu difahami dan diingati. Bahkan kebanyakan murid akan merasa bosan apabila mempelajarinya. Justeru, projek ini dibangunkan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Projek ini telah dijalankan di beberapa kelas Pendidikan Islam tingkatan 2 dan telah mendapat maklum balas yang sangat baik kerana murid-murid berasa seronok dan dapat mengingati fakta-fakta yang banyak dengan sangat mudah. Diharap projek ini dapat disebarluaskan supaya dapat dimanfaatkan dalam PdPc Pendidikan Islam di Malaysia.