YS800: RODA IMPIAN ISLAMIK

MUHAMMAD NAUFAL KHOLILI BIN MOHD HAFIZAN SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 12 times | LS: 12.0
Like it? | Support them now!

ABSTRAK RODA IMPIAN ISLAMIK (I DREAM WHEEL)
Inovasi yang dibangunkan tertumpu kepada kemahiran membaca dan menghafaz dalam pendidikan Islam untuk pelajar tingkatan dua khususnya dalam bidang al-Quran. Pada masa ini, masyarakat kurang  menerapkan pemahaman tajwid dan kekerapan membaca al quran . Oleh itu, satu inovasi telah diperkenalkan untuk membantu masyarakat memahami dan menerapkan sifat tersebut berdasarkan topik yang dipelajari. Alat yang digunakan ialah “Roda I-DREAM” (Roda Impian Islamik), iaitu gabungan roda berputar dengan soalan yang akan ditanya. Produk Roda Impian Islamik diterapkan kepada pelajar yang masih mempunyai pemahaman terhad tentang konsep tajwid dan bacaan ayat al-Quran yang betul. Soalan-soalan yang akan dikemukakan akan meningkatkan lagi bacaan al-Quran pelajar. Dan terdapat juga soalan yang akan memudahkan pelajar mengingati perkara penting dalam topik tersebut. Kami berharap pembangunan produk ini dapat memupuk masyarakat yang lebih berpengetahuan tinggi tentang al quran khususnya bidang tajwid. Kesimpulannya, secara amnya produk ini akan memberi manfaat kepada semua orang terutamanya guru dan pelajar semasa sesi pembelajaran dan pengajaran.