MUHD ADAM ASFAR BIN LEE DAWATA KOLEJ VOKASIONAL KUCHING
Menu nasi goreng dabai sudah sinonim di dalam kalangan masyarakat tempatan Sarawak namun ianya masih lagi asing di bahagian Semenanjung Malaysia. Projek ini mengunakan buah dabai Sarawak sebagai bahan utama. Produk ini akan menjadikan penyedian masakan ini lebih mudah kerana buah dabai merupakan salah satu buah yang bermusim. Penyediaan masakan akan menjadi lebih cepat dan tidak terhad pada musimnya sahaja. Ia juga mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana saja kerana ianya berbentuk serebuk. Hasil dari projek ini, buah dabai akan lebih dikenali dan secara tidak lansung, dapat meningkatkan ekonomi pasaran tempatan dalam pengeluaran bahan utama yang berbentuk komersial.