HAAHSHINI A/P AMIRTHALINGAM SJK(T) SUNGKAI
Kit “KARKA KASADARA” adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi serta menarik minat dan motivasi murid-murid tahun 3 dalam kemahiran membaca bahasa Tamil. Bahan bantu mengajar yang agak luar biasa dan unik penggunaan merupakan idea terbaharu dan berinovasi dalam dunia pendidikan. Inovasi kit “KARKA KASADARA” direka khas untuk membantu murid-murid pemulihan yang tidak menguasai kemahiran membaca.Penggunaan kit ini membantu murid mengembangkan pemikiran secara intelek dan berunsurkan inovatif. Kit ini sangat senang untuk digunakan bagi ketiga-tiga bahasa iaitu bahasa Tamil, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris Inovasi Kit “KARKA KASADARA” mampu mencetuskan minat murid untuk membaca secara kendiri dan seronok tanpa rasa tertekan. Penggunaan Kit “KARKA KASADARA” meningkatkan keyakinan terhadap kebolehan murid dan berupaya mewujudkan pemilihan hak ke atas pembelajaran dan pendidikan mereka sendiri melalui cabaran dunia sebenar dan persekitaran kolaborasi yang diberikan.