YI961: TS 1.0

NUR HAFIZAH AQILAH BINTI MOHD. SYARUL NIZAL KOLEJ VOKASIONAL IPOH

TS 1.0 merupakan satu produk inovasi yang dihasilkan oleh pelajar Kolej Vokasional Ipoh. T membawa maksud Tools, manakala S membawa maksud Saver. Idea ini tercipta setelah saya menghadapi satu masalah selepas mengecat pada satu permukaan dinding di rumah saya. Selepas proses mengecat dinding, saya terus membasuh berus yang digunakan. Namun begitu, berus tersebut terpaksa saya letakkan di lantai rumah dan menyebabkan sisa cat masih berbaki walau telah dicuci. Saya mendapat idea ini, lantas terus sahaja membuatnya. Guru Penasihat saya sentiasa mengingatkan pelajar untuk menggunakan barang kitar semula kerana ianya merupakan satu nilai murni dalam diri pelajar. Tujuan produk inovasi ini adalah dapat menjemur dan meletakkan berus cat dan peralatan lain dengan hanya menggunakan barang terbuang tanpa sebarang kos. Secara langsung, konsep 3R dapat diaplikasi pada projek ini. Saya juga mahu mengangkat elemen “Sustainable Development” di dalam produk ciptaaan saya ini.