MUHAMMAD IMRAN BIN ZAMRI KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT
Mereka bentuk fingerprint locker with iot merupakan idea yang terhasil daripada isu yang terdapat di sekolah-sekolah iaitu pelajar-pelajar yang sering membawa beg berat ke sekolah pada setiap hari. Selain itu, sistem yang menggunakan kunci tidak begitu selamat untuk menyimpan pelbagai barangan beharga seperti dokumen-dokumen, tugasan kerja dan sebagainya. Seterusnya, sifat manusia yang mudah lupa dan lalai yang sering meninggalkan kunci locker tidak mempunyai jalan penyelesaian untuk membuka pintu locker. Idea mereka bentuk fingerprint locker with IoT merupakan jalan penyelesaian terbaik mengikut peredaran masa dan teknologinya semakin canggih terhadap sistem kunci yang terdapat di locker. Berdasarkan objektif utama kajian ini adalah untuk Menghasilkan projek yang dapat memudahkan para pengguna locker (pelajar atau guru) di sekolah dalam meningkatkan tahap keselamatan serta menjimatkan masa dan tenaga pengguna. Selain itu, Membina perisian bagi projek Fingerprint locker with IOT yang menggunakan Durian Uno supaya dengan kehadiran teknologi di sebalik perisian ini akan dapat menyelesaikan masalah seperti kecurian dan masalah pelajar-pelajar atau guru-guru membawa beg yang berat ke sekolah setiap hari. Di samping itu, projek ini menggunakan litar bekalan kuasa 12V, litar durian uno, ESP8266(set wifi), litar LED, buzzer, litar paparan LCD, litar Internet of Things (IOT), litar fingerprint 3.3V dan solenoid door lock. Akhir Sekali, berfungsi untuk mengutamakan keselamatan para pengguna locker dan dapat menjimatkan masa. Kesimpulannya, fingerprint locker with IoT merupakan projek yang sesuai untuk dipasarkan dan digunakan di pelbagai Kawasan seperti tempat pengajian rendah atau tinggi, pusat membeli belah dan sebagainya kerana dengan adanya projek ini, masalah berkenaan kehilangan barang akan dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.