Muhammad Iqbal Bin Mohd Ghani KV Slim River
Projek Pam Air Secara Automatik Berasaskan Sistem Internet of Things (IoT) ini dibangunkan bagi membantu serta memudahkan pengguna dalam bidang pertanian untuk aktiviti kerja-kerja penyiraman tanaman. Projek ini dapat mengurangkan proses kerja menyiram tanaman secara manual serta memudahkan pemantauan pada kelembapan tanah supaya tanah tidak berada pada paras yang kering. Di samping itu, projek ini juga mampu mengawal sistem tersebut menggunakan alat peranti kawalan. Secara keseluruhannya, pengawalan yang digunakan dalam sistem ini adalah NodeMCU, Soil Moisture Sensor, DC Motor Pump dan Power Supply 12V. Projek ini dihasilkan dengan komponen yang mudah didapati dan penggunaan kos yang minimum.