MOHAMAD FITRI BIN ISMADI SMK BAGAN TERAP
Alat pemadam api biasanya diletakkan di kawasan bangunan contohnya di sekolah mengikut jumlah yang disyorkan boleh melindungi diri dari kebakaran yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Namun masalah yang timbul ialah jisim alat pemadam kebakaran tersebut yang begitu berat, menyukarkan murid dan guru terutamanya guru wanita untuk mengangkatnya jika berlaku kebakaran di kawasan sekolah. Pada kebiasaannya juga, hanya alat pemadam api ABC sahaja yang banyak terdapat di kawasan dalam bangunan. Alat pemadam kebakaran seperti pasir dan selimut kebakaran sangat jarang diletakkan bersama-sama dengan alat pemadam api ABC, sedangkan alat pemadam kebakaran ini juga sangat berguna dan sangat diperlukan jika berlaku kebakaran kecil atau sederhana. Kepentingan alat pemadam api telah diterapkan dalam silibus subjek Sains Tingkatan 4. Subtopik 1.3: Pemadam Kebakaran di bawah topik 1: Langkah Keselamatan Dalam Makmal menerangkan kepada murid tentang pelbagai jenis alat pemadam api, kaedah penggunaan pemadam kebakaran ,dan menjalankan audit alat pemadam kebakaran. Menyedari tentang pentingnya kit pemadam api, Kumpulan Smart Innovators mencetuskan idea untuk menghasilkan Smart Fire Kit bagi memudahkan penggunaan kepada warga sekolah terutamanya untuk memadam kebakaran dan mengelakkan terjadinya kebakaran yang serius yang membawa kemusnahan harta benda sekolah dan kehilangan nyawa.