AMMAR ZAHIN NAILI BIN MOHD YUSOF SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU (SRAB) KLUANG
Projek ini dicipta untuk membantu haiwan terutamanya haiwan liar mendapatkan sumber minuman ketika musim kemarau. Projek ini akan mengisi air secara automatik ke dalam bekas minuman sekiranya bekas telah kosong. Sekiranya bekas minuman telah kosong, alat penanda air dalam bekas minuman akan menghantar arahan ke microbit untuk menghidupkan motor pam air di dalam tong simpanan air. Data yang dikumpul oleh microbit akan dihantar ke telegram untuk pemantauan dari jarak jauh bagi memastikan bekalan air dalam tong simpanan sentiasa cukup. Projek ini dapat membantu haiwan mendapat sumber air yang bersih secara tidak langsung.