MOHD AZHAR BIN MOHD JUNUH PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA CAWANGAN PERAK TENGAH
Pengurusan operasi sekolah rendah secara manual dan konvensional menimbulkan pelbagai cabaran seperti kehilangan rekod dan ketidaktepatan pelaporan. GB Daily Tracker (JEKOD) diperkenalkan sebagai aplikasi digital untuk memantau operasi sekolah secara sistematik dan meningkatkan kecekapan pentadbiran. Kajian melibatkan 20 Guru Besar mendapati aplikasi ini mengurangkan beban kerja sebanyak 40%, meningkatkan ketepatan pelaporan 35% dan mempercepatkan dokumentasi 50%. Cadangan penambahbaikan termasuk integrasi kecerdasan buatan, notifikasi pintar dan latihan teknikal. Kesimpulannya, GB Daily Tracker (JEKOD) berpotensi menjadi alat transformasi digital dalam pengurusan sekolah rendah.