YIN817: PULAI BREEZE ANTI BUG

NOR ATIKAH NAJWA BINTI MOHD LUTFAN SMK DATO' AHMAD MAHER

Kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan terhadap produk penghalau serangga yang selamat, tidak toksik, dan bersumberkan bahan tempatan sebagai alternatif kepada racun serangga aerosol berasaskan kimia. Projek ini membangunkan “Pulai Breeze Anti-Bug”, iaitu semburan organik yang dihasilkan daripada ekstrak daun pulai (Alstonia spp.) melalui kaedah pengekstrakan air panas dan alkohol. Daun pulai secara tradisional dipercayai mempunyai pelbagai aktiviti farmakologi seperti antimikrob, analgesik, dan anti-serangga yang berpunca daripada kandungan alkaloid semula jadinya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan ekstrak daun pulai sebagai agen penghalau serangga terhadap semut, lipas, dan nyamuk. Hasil kajian diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan produk mesra alam yang berkesan serta mengurangkan kebergantungan kepada bahan kimia berbahaya.

 

Kata kunci: daun pulai, mesra alam, alkaloid, kawalan serangga