ARFAH SYAZWANIE BINTI TAWILEE SK KAMPUNG SELAMAT, KUNAK
Pecahan ialah nomboh nisbah. Pecahan biasanya dinyatakan dalam bentuk a / b di mana a dan b ialah integer dan b tidak bersamaan dengan 0. Integer a dinyatakan sebagai pengangka dan integer b dibawah disebutkan sebagai penyebut.
Pecahan juga merupakan pembahagian sesuatu objek atau rajah.
Pecahan juga terbahagi kepada tiga iaitu :
Pecahan wajar
Pecahan tak wajar
Pecahan setara
Inovasi ini adalah untuk membantu penguasaan murid dalam menyatakan penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur yang dinamakan MY MIXED NUMBER. Didapati murid – murid tidak dapat menyatakan penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur melalui operasi bahagi. Melalui bahan bantu mengajar ini yang telah diinovasi, di dapati murid lebih mudah memahaminya untuk murid yang tidak menguasai operasi bahagi dan menggunakan operasi tolak berulang. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pemudahcaraan di kalangan guru dan murid. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar My Mixed Number dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada murid. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat murid juga menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong sesuatu yang menarik.