KVN508: TRANSFORMASI HABA TERBUANG KEPADA ELEKTRIK: PENDEKATAN HIJAU DALAM SISTEM HVAC

Ts. NUR HIDAYAH BINTI MUHAMAD KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 8 times | LS: 8.0
Like it? | Support them now!

TRANSFORMASI HABA TERBUANG KEPADA ELEKTRIK: PENDEKATAN HIJAU DALAM SISTEM HVAC

 

Muhammad Faizal Bin Idris, Nur Ainna Nadia Binti Mohd Zawawi, Muhammad Hafiqzul Bin Mohamad Khusaini, Wan Mohd Faizal Bin W. Ismail, Ts. Nur Hidayah Binti Muhamad

 

Kolej Vokasional Kemaman

 

 

Abstrak

Projek ini dijalankan bagi mengkaji potensi penukaran haba terbuang daripada sistem HVAC kepada tenaga elektrik melalui penggunaan teknologi termoelektrik sebagai satu pendekatan teknologi hijau. Sistem HVAC menghasilkan sejumlah besar haba buangan yang biasanya dilepaskan ke persekitaran tanpa dimanfaatkan, sekali gus menyebabkan pembaziran tenaga dan peningkatan suhu persekitaran. Oleh itu, projek ini membangunkan satu prototaip sistem yang mampu menukarkan haba terbuang daripada unit luar penghawa dingin kepada tenaga elektrik menggunakan modul termoelektrik. Kaedah projek melibatkan proses mereka bentuk, pemasangan komponen seperti modul termoelektrik, kipas, heat sink dan inverter serta pengujian menggunakan peralatan pengukuran bagi mendapatkan bacaan suhu, voltan dan arus. Hasil pengujian menunjukkan bahawa sistem berjaya menghasilkan tenaga elektrik dengan bacaan voltan 12.25 V dan arus 0.17 A yang menghasilkan kuasa sebanyak 2.08 W dan boleh digunakan untuk peralatan elektrik berkuasa rendah seperti lampu LED. Kesimpulannya, projek ini membuktikan bahawa haba terbuang daripada sistem HVAC berpotensi dimanfaatkan sebagai sumber tenaga alternatif yang dapat membantu meningkatkan kecekapan tenaga serta menyokong penggunaan teknologi hijau yang lebih mesra alam.

Kata Kunci: Transformasi Haba Terbuang, Penjanaan Tenaga Elektrik, Sistem HVAC, Kecekapan Tenaga