KVO897: TOLOK PENAHAN BERSKALA BAGI MESIN GERGAJI KUASA BERPUTAR

Ahmad Rizas Bin Sarone KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 40 Views | 83 times | LS: 83.0
Like it? | Support them now!

Pemotongan bahan di mesin gergaji kuasa merupakan proses awal dalam penghasilan sesuatu produk. Tolok sedia ada di bengkel mesin gergaji kuasa hanya berfungsi sebagai penahan bahan yang ingin dipotong dan memerlukan pembaris keluli atau angkup vernier untuk mengukur panjang pemotongan. Ini mengakibatkan saiz pemotongan tidak tepat serta pembaziran masa dan bahan. Maka objektif projek ini adalah untuk membangunkan tolok penahan berskala bagi mesin gergaji kuasa. Kajian ini akan melibatkan tiga fasa kajian iaitu fasa analisis fasa rekabentuk dan pembangunan serta fasa penilaian. Dengan penghasilan tolok berskala ini pemotongan bahan di mesin gergaji kuasa lebih tepat dan cepat.