KVO742: SMART RAIN DETECTOR WITH AUTOMATIC ROOFTOP AND ALERT (SRADAR)

TS. DR. ELIZA ANNIS A/P THANGAIAH KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.1418 | 20 Likes | 141 Views | 67 times | LS: 89.8
Like it? | Support them now!

Smart Rain Detector With Automatic Rooftop (SRADAR) adalah sistem yang menggabungkan sistem mengesan hujan dan teknologi Global System for Mobile communication (GSM). Hasil kajian sebelum ini menunjukkan bahawa baju sering dibasahi sekiranya hujan turun secara tiba-tiba. SRADAR dibangun dengan bumbung automatik dan menghantar mesej kepada pengguna untuk rumah berbentuk “L”. SRADAR telah diuji dan bumbung dapat dibuka setelah raindrop sensor terkena air dan ditutup selepas sensor kering. Mesej juga dapat dihantar selepas 5 saat bumbung dibuka dan ditutup. Kesimpulannya, SRADAR mampu meningkatkan keupayaan untuk melindungi baju dari dibasahi hujan dan memberi amaran awal kepada pengguna. Cadangan masa hadapan adalah menggunakan buzzer sebagai amaran sekunder jika bumbung tidak berfungsi dan mesej gagal dihantar.