MUHAMMAD AFIF HASIF BIN ABDUL WAHID SMK DATO' AHMAD MAHER
Inovasi BioKiwi Film dibangunkan bagi menghasilkan plastik biodegradasi menggunakan kulit buah kiwi sebagai bahan utama. Kulit kiwi dipilih kerana ia mengandungi pektin, selulosa dan polifenol yang berfungsi sebagai agen pengikat semula jadi. Dalam kajian ini, serbuk kulit kiwi dicampurkan dengan kanji jagung, gliserin, air suling dan cuka putih sebelum dipanaskan sehingga likat dan dituangkan ke dalam dulang untuk membentuk filem nipis. Hasil ujian menunjukkan filem yang terhasil adalah ringan, fleksibel dan mula mereput selepas 3–4 minggu apabila ditanam dalam tanah lembap. Inovasi ini membuktikan bahawa sisa kulit buah boleh dimanfaatkan sebagai alternatif plastik mesra alam, sekali gus mengurangkan pencemaran plastik sintetik dan menyokong amalan kelestarian.