KVO1090: ABSORBER SPRING CLAMP

ZARINA BINTI ABDUL SAMAD KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0938 | 3 Likes | 32 Views | 29 times | LS: 32.3
Like it? | Support them now!

Absorber merupakan salah satu komponen kenderaan yang sangat penting bagi sesebuah kenderaan. Absorber ini berfungsi untuk menyerap segala hentakan yang telah dihasilkan semasa pemanduan. Absorber Spring Clamp telah dibangunkan bagi memberikan kemudahan kepada semua pengguna untuk menyelesaikan kerja penukaran spring. Sistem yang digunakan ialah konsep mekanikal dan elektrik. Projek ini dibangunkan bertujuan untuk mempercepatkan dan meningkatkan keselamatan semasa melakukan proses penukaran spring absorber. Produk ini dibangunkan dengan berlandaskan model Engineering Design Process sebagai panduan pembangunan produk ini yang mana mempunyai 5 fasa iaitu pernyataan masalah, pelan penyelesaian, pembangunan projek, menguji projek dan refleksi. Penilaian dilakukan untuk menguji kebolehfungsian produk dalam mengatasi masalah masa yang lama untuk menyelesaikan kerja. Hasil pemerhatian yang dilakukan, Absorber Spring Clamp dapat membuka dan memasang spring dalam tempoh 14 minit sahaja. Berdasarkan analisis tersebut dapat dihuraikan bahawa objektif kajian yang ditetapkan telah tercapai.