AHMAD TAQIF BIN NAZANUDIN KOLEJ VOKASIONAL KLANG
Projek membina ”Template Tiling Tools” ini ialah untuk melepa simen pada jubin. Sebelum ini, pelajar mengalami kesulitan untuk melepa simen dengan betul, hal ini mengakibatkan ketebalan simen pada jubin tidak rata dan sekata. Maka terjadilah jubin terangkat dan kosong setelah dipasang. Tujuan kami melakukan projek ini ialah untuk meringankan lagi bebanan kepada para pelajar serta mengurangkan lagi kemungkinan hazard yang akan berlaku. Projek ini dilakukan oleh 3 orang dalam satu kumpulan. Seterusnya, kami menggunakan bahan kitar semula untuk mengurangkan kos bahan serta kos pembuatannya. Akhir sekali, kami bercadang ingin menambah produk ini dengan memasang sistem robotik pada produk ini. Penambahbaikan ini akan menguarangkan lagi masa serta tenaga manusia serta kerja memasang jubin akan menjadi lebih mudah dan cepat.