MOHD AFIF BIN ABDUL RAZAK Kolej Komuniti Kuantan
Umum mengetahui bahawa masalah kerosakan paip sinki samada di rumah persendirian mahupun di tempat kerja mampu memberikan masalah yang besar sekiranya tidak ditangani segera. Banyak kerja-kerja sampingan terpaksa ditunda sementara menunggu kerosakan paip diperbaiki oleh tukang paip. Masalah kerosakan paip terdiri daripada pelbagai jenis seperti kebocoran paip, penyambung longgar, getah pelapik tidak berfungsi dengan baik dan pelbagai lagi. Setiap kerosakan memerlukan peralatan dan kemahiran khusus untuk membaikinya. Kadangkala peralatan tersebut boleh digunapakai secara bersama dengan alat pertukangan kayu dan kadangkala ianya memang memerlukan peralatan khas yang tidak semua orang awam memilikinya. Sebagai contoh sekiranya berlaku kerosakan skru di bawah sinki dapur, tidak semua orang awam memiliki sepana basin (basin wrench) untuk membaiki kerosakan tersebut. Kekerapan aduan kerosakan paip sinki di dapur kulinari, Kolej Komuniti Kuantan yang berterusan sejak penubuhan kolej iaitu tahun 2002 berlaku akibat kekerapan pelajar-pelajar menggunakan paip sewaktu menjalankan latihan amali. Kerosakan ini sekiranya tidak diperbaiki segera akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Unit penyelenggaraan kolej pada kebiasaanya membaiki kerosakan paip dengan menggunakan basin wrench dan french wrench yang terdapat di pasaran. Setelah sekian lama menggunakan peralatan tersebut tercetusnya idea untuk menghasilkan projek Faucet Wrench bagi menggantikan spana yang ada. Spanar serbaguna ini mempunya dua fungsi utama iaitu membolehkan pengguna membuka dan mengetatkan nat di bawah sinki yang sempit dan sukar dicapai serta ianya direka untuk membolehkan kerja pemasangan paip sinki dibuat dengan mudah dan cepat.