Adam Muizzuddin Bin Mohd Azmi KV Slim River
Automatic Rooftop Sprinkler System (A-RSS) adalah sistem untuk menyejukkan bumbung dan mengurangkan suhu kawasan sekitarnya secara automatik. Sistem ini terdiri daripada pemercik yang dipasang mengikut atas permukaan dan keluasan bumbung (36ft x 12ft) untuk kekal sejuk secara serata. Pemasangan ARSS ini untuk memastikan sistem berfungsi dengan lancar dan efisien secara automatik dengan menggunakan submarine water pump dan ESP32 Dev Module sebagai modul IoT. Penggunaan air dari paip disambungkan ke dalam tangki untuk menyimpan air sebagai bekalan sebagai sistem penyiram tanpa bergantung tenaga manusia dengan menggunakan pemasa yang telah dicod dalam ESP32 serta tenaga solar yang membolehkan penggunaan tenaga yang lebih efisien. Kelebihan utama projek ini adalah mampu menurunkan suhu bumbung dengan lebih berkesan dan menjimatkan penggunaan elektrik. Oleh demikian, projek ini dapat memberikan lingkungan pembelajaran yang lebih selesa dan membantu meningkatkan ketahanan bumbung untuk jangka masa panjang.