KHAIRUL ANNUAR BIN SHAMSUDIN KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Semasa mengulir benang luar di mesin larik konvensional, pelajar memerlukan kemahiran dalam membaca parameter, menetapkan parameter pada mesin larik dan melaksanakan pemotongan benang luar pada mesin larik. Berdasarkan kepada pengalaman pengkaji tidak semua pelajar mahir membaca dan menetap mesin larik seterusnya membuat benang luar. Oleh itu, objektif projek ini adalah untuk membangunkan jig membenang luar di mesin larik bagi memudahkan pembuatan benang luar oleh pelajar program teknologi pemesinan industri. Projek ini melibatkan tiga fasa kajian iaitu fasa analisis keperluan, fasa rekabentuk dan fasa penilaian dan eksperimen. Penghasilan produk ini diyakini dapat memberi impak positif kepada penghasilan benang luar oleh pelajar.