YIN778: ZeroCrumb Crackers

NUR DHIA ARISSA BINTI NOR MUZAFAR ARIF SMK DATO' AHMAD MAHER

Inovasi Kerepek Roti Sifar Sisa merupakan satu inisiatif lestari untuk menangani isu pembaziran lebihan roti yang masih berkualiti di peringkat isi rumah, sekolah, dan industri kecil. Masalah utama yang dikenal pasti ialah lambakan roti yang dibuang akibat tekstur yang kering atau hampir tamat tempoh, sekali gus menyumbang kepada peningkatan sisa pepejal di tapak pelupusan. Melalui kaedah transformasi yang mudah dan kos rendah, lebihan roti diproses menjadi snek rangup yang mempunyai nilai tambah dari segi ekonomi dan kesihatan. Objektif utama inovasi ini adalah untuk meminimumkan pembaziran makanan, menyediakan pilihan snek mampu milik bagi pelajar, serta membuka peluang perniagaan berasaskan konsep sifar sisa (zero waste). Hasilnya, produk ini bukan sahaja mampu menjimatkan kos perbelanjaan, malah menyokong gaya hidup mesra alam yang berupaya mengurangkan kesan negatif terhadap persekitaran secara holistik.

Kata Kunci: Sifar Sisa ke arah lestari