HIZZAH INSYIRA BINTI MOHD NOR SMK TENGKU MUHAMMAD ISMAIL
Kajian ini bertujuan menghasilkan sabun semula jadi yang inovatif, berasaskan gabungan Aloe Vera dan Bayam Brazil. Kajian ini mengenal pasti potensi antibakteria dan kelembapan bahan semula jadi tersebut dalam produk penjagaan diri. Hipotesis kajian ialah sabun SPINAVERA mampu memberikan kelembapan kulit dan mengurangkan iritasi secara semula jadi. Kaedah eksperimen digunakan bagi menghasilkan sabun dan menguji keberkesanannya melalui soal selidik serta pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan sabun ini mempunyai potensi tinggi sebagai alternatif mesra alam. Kesimpulannya, SPINAVERA merupakan inovasi hijau yang menyokong kelestarian alam.