KVN1119: SPLIT UNIT AIR-CONDITIONING OUTDOOR UNIT LIFTER

AFIF HAZIM BIN RIZAL KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 12 times | LS: 12.0
Like it? | Support them now!

Projek ini merupakan satu inovasi yang diadaptasi daripada sistem kren sedia ada dengan mereka bentuk sebuah alat dikenali sebagai Outdoor Unit Lifter bagi kegunaan juruteknik dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara (HVAC). Projek ini direka khusus untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan unit luar (outdoor unit) di lokasi yang tinggi dan sukar dicapai. Di samping itu, reka bentuknya yang mudah alih, ringan, serta boleh dipasang dan digunakan secara fleksibel di pelbagai jenis lokasi tanpa memerlukan peralatan berat seperti kren konvensional. Selain itu, penggunaan sumber kuasa voltan rendah menjadikan sistem ini lebih selamat dan praktikal untuk kegunaan di tapak kerja sebenar. Dari sudut impak, Outdoor Unit Lifter berpotensi mengurangkan risiko kecederaan akibat pengendalian manual, meningkatkan produktiviti kerja, serta menjimatkan kos operasi dalam jangka panjang. Projek ini turut menyumbang kepada penambahbaikan amalan kerja dalam industri HVAC dengan menyediakan satu solusi inovatif, efisien dan mesra pengguna.