YIN843: Mesin Spin Automatik (S.P.A 2)

AKINOLLA ROSIANATHA ANAK JULIANA MELISSA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAU

i3DC26 | Young Innovator (Online)

CR: 0.1993 | 56 Likes | 281 Views | 46 times | LS: 113.2
Like it? | Support them now!

Mesin spin automatik (S.P.A 2) merupakan satu inovasi yang praktikal dan sesuai digunakan dalam kehidupan harian untuk menjimatkan masa dan tenaga pengguna. Mesin ini dapat membantu proses pengeringan pakaian dengan lebih cepat dan efisien. Mesin ini menggunakan motor untuk menghasilkan gerakan dalam bentuk putaran yang laju dan stabil bagi menyingkirkan air daripada pakaian. Selain itu, mesin ini mesra pengguna dimana ianya berupaya membantu dalam proses pengeringan pakaian dengan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah tradisional iaitu memerah pakaian menggunakan tangan. Mesin ini juga dihasilkan dengan kos yang rendah. Melalui ujian yang kami dijalankan, mesin ini mampu meningkatkan keberkesanan proses pengeringan pakaian.