MOHD HAZWAN BIN ROSDI KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Kerja fabrikasi paip kuprum dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara adalah sangat penting. Masalah yang timbul dikalangan pelajar semasa kerja fabrikasi paip kuprum adalah kekangan meja atau peralatan jigs yang sesuai semasa melakukan kerja amali. Ketiadaan alat bantu kerja yang sesuai untuk melakukan kerja seperti brazing dan silfosing menyebabkan kerja fabrikasi paip kuprum menjadi agak sedikit sukar dan lambat untuk disiapkan. Oleh itu, idea untuk menghasilkan projek ini tercetus. Pelaksanaan projek ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja fabrikasi paip kuprum khasnya kegunaan di bengkel penyejukan dan penyamanan udara. Projek ini melibatkan proses mereka bentuk meja tersebut berdasarkan bentuk dan juga aspek ergonomik bagi memudahkan pengguna untuk menggunakannya dengan mudah. Meja serbaguna tersebut yang dihasilkan adalah berdasarkan reka bentuk yang telah di buat sebelum projek berjalan. Projek ini juga melibatkan ciri-ciri keselamatan bagi pengguna untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran di bengkel. Kaedah dan proses yang terlibat dalam projek ini bagi penyambungan segera menggunakan proses mengimpal, memotong besi, dan menebuk lubang. Projek ini sebenarnya melibatkan proses menjana konsep baru dalam menghasilkan meja mudah alih dan mempunyai banyak fungsi khasnya kegunaan dalam bidang Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara. Selepas projek ini siap, meja mudah alih ini akan membantu pengguna dalam melakukan kerja fabrikasi paip kuprum seperti membengkok, mengepit tiub kuprum semasa mengimpal serta proses silfosing dan juga brazing. Akhir sekali diharap projek ini memberi manfaat kepada pengguna dalam melakukan kerja amali di bengkel.