KVO986: Aplikasi Sistem Internet Of Things (IoT) Dan Solar Bagi Pemantauan Kadar Aliran Air Di Menara Pendingin

ISMI SHAH BIN AHMAD MOKHTAR Kolej Vokasional Slim River

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 19 Views | 94 times | LS: 94.0
Like it? | Support them now!

Menara pendingin merupakan salah satu komponen utama dalam sistem water cooled chiller. untuk menyingkirkan haba. Pemantauan kadar aliran air di menara pendingin adalah sukar dilaksanakan kerana lokasi dan saiznya yang besar. Pelaksanaan projek ini menggunakan esp32, solar berukuran 670mm x 530mm dan flow sensor Arduino. Digunakan sebagai pembelajaran pelajar Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara di Kolej Vokasional Slim River. Metodologi projek ini menggunakan model ADDIE sebagai panduan untuk pembinaan bermula dari analisis, rekabentuk pelaksanaan dan penilaian. Projek ini digunakan untuk membantu pelajar memantau kadar aliran alir di menara pendingin bagi tujuan memastikan sistem water cooled packaged di bengkel dapat berfungsi mengikut spesifikasi. Selain itu, pelajar juga dapat mengenalpasti masa yang sesuai melaksanakan penyelenggaraan. Dapatan menunjukkan pemantauan kadar aliran air di menara pendingin dapat dilakukan dengan menggunakan aplikasi IoT dan dapat membantu pelajar meningkatkan pengetahuan kepentingan pemantauan dan penyelenggaraan. Implikasi projek adalah memudahkan pelajar memantau bacaan kadar aliran air di menara pendingin dan melaksanakan penyelenggaraan mengikut keperluan semasa berdasarkan data yang diperoleh bagi memastikan sistem water cooled packaged dapat beroperasi mengikut speseifikasi.