KVO740: MENGHASILKAN BIJIRIN BERASASKAN KULIT BUAH NAGA

NUR SHAKIRA ANISAH BINTI SALLEH KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH

Penghasilan bijirin berasaskan kulit buah naga merupakan produk yang masih belum diwujudkan dan dipasarkan secara meluas di Malaysia. Hal ini kerana tiada variasi terhadap kulit buah naga yang dijumpai, kebanyakan pemasar di luar, hanya menggunakan produk yang sedia ada sahaja seperti produk kerepek kulit buah naga dan sebagainya. Pengkaji megetahui bahawa permintaan bijirin di pasaran sangat luas akan tetapi variasi bijirin masih terhad. Menurut Frost dan Sullivan (2015), makanan berfungsi di Malaysia merangkumi segmen-segmen produk seperti bijirin, yang mana kebanyakan kategori dan segmen produk ini dihasilkan di Malaysia dan juga diimport. Kulit buah naga juga mempunyai sumber vitamin penting dalam pengambilan nutrisi seharian. Selain mempunyai vitamin, kulit buah naga juga mempunyai rasanya yang tersendiri. Selain itu juga, tujuan kajian ini dihasilkan adalah untuk mengenalpasti tahap penerimaan produk bijirin berasaskan kulit buah naga dalam kalangan warga Kolej Vokasional (ERT) Azizah. Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif iaitu dengan mengedar borang soal selidik kepada 30 orang responden secara rawak yang tersendiri daripada warga Kolej Vokasional (ERT) Azizah. Data dari borang soal selidik dianalisis menggunakan kaedah pengiraan purata min berdasarkan kaedah statistik deskriptif. Dengan ini, pengkaji telah mendapat hasil data dan telah menunjukkan majoriti setuju dari responden dan menerima penghasilan produk bijirin berasaskan kulit buah naga. Ia juga berpotensi untuk dipasarkan di pasaran pada masa akan datang dan bersaing dengan pemasar-pemasar lain.