Yusnezawati Binti Azizan Kolej Vokasional Nibong Tebal
Mesin rumput adalah ciptaan yang dapat memudahkan pengguna dalam kehidupan seharian.Ia digunakan untuk memotong rumput di halaman rumah, padang bola sepak atau taman permainan Dalam zaman moden ini, alat tangan seperti sabit kurang digunakan kecuali di halaman kecil atau ruangan sempit. Namun kebanyakan orang pasti menggunakan mesin rumput untuk memotong rumput kerana ia menjimatkan lebih banyak tenaga dan masa.Oleh itu, satu inovasi mesin pemotong rumpat kawalan jauh ini telah diinovasikan untuk menjadi sebuah mesin mesra pengguna dan membantu pengurangan tenaga kerja manusia. Projek ini ialah Pemotong Rumput Kawalan Jauh, di mana mesin dikawal menggunakan alat kawalan jauh. Pengguna juga boleh mengawal mesin hanya dengan menggunakan alat kawalan jauh. Berdasarkan kajian, ia dapat meringankan beban pengguna di samping mengurangkan risiko kesihatan yang merugikan pengguna.