Muhammad Fahmi Hakim Bin Zaharin KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Pengguna aplikasi pengimbas Quick Response (QR) dalam sektor perkhidmatan dan pengurusan pada hari ini digunakan secara meluas, namun masih baru di peringkat Kolej Vokasional. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan aplikasi berasaskan QR dalam pengurusan peminjaman barangan di stor peralatan bengkel Automotif KVSR. Oleh hal demikian, aplikasi FDD Store Manager telah dibangunkan dan diuji menggunakan soal selidik kepada 10 orang responden yang terdiri dari pelajar dan pensyarah. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui penggunaan peratus persetujuan. Hasil dapatan analisis data menunjukkan aplikasi FDD Store Manager sesuai digunakan dalam memudahkan pengurusan peminjaman barangan.