NUR ALIYA MAISARA BINTI SHAHRUL RIZAL SK BANDAR TENGGARA 1
SMART BRAIN merupakan sebuah permainan menyusun rantai makanan dengan komponen yang betul. apa yang menarik dalam inovasi ini adalah gambar komponen yang ada akan tidak melekat di papan utama sekiranya jawapan tidak tepat. Oleh itu, murid perlu menyusun dengan tepat pengeluar dan pengguna sehingga betul kesemuanya melekat di papan utama. Ketika susunan ini dibuat, mereka dapat merasakan mengapakah komponen ini salah apabila tidak melekat. maka di situ mereka akan membuat inferens dan berbincang dalam kumpulan masing-masing sehinggalah menjumpai set rantai makanan yang sebenar apabila semuanya melekat. Smart Brain ini menggunakan konsep magnet dengan susunan kad sebenarnya telah disetkan pada kedudukan tertentu yang sama bagi setiap 4 pasangan gambar rantai makanan. bahagian magnet di papan utama juga telah disetkan agar melekat pada kedudukan kad yang betul sahaja.