SITI NUR BATRISHA BINTI MOHD HAFIZUL RAFIQUE SMK BESERAH KUANTAN
60 peratus pengguna mesin basuh cenderung memuatkan kain melebihi had yang disarankan, sama ada secara sengaja atau tidak. Tindakan ini menyebabkan mesin mudah rosak, hasil cucian kurang bersih, serta peningkatan penggunaan elektrik dan air.Laundry Sense ialah sebuah bakul pakaian pintar yang dilengkapi sensor load cell dan Arduino untuk menimbang berat kain secara automatik sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Sistem ini dibina menggunakan komponen elektronik asas load cell, HX711, buzzer, LED, dan paparan LCD yang dipasang dalam struktur bakul biasa. Bakul ini juga akan dilengkapi dengan LED dan buzzer untuk menghantar amaran dan menerima notifikasi ke telefon bimbit sekiranya bakul pakaian telah penuh atau melebihi had.Projek inovasi ini dapat mengurangkan risiko kerosakan mesin basuh,menjimatkan kos penyelenggaraan dan tenaga,meningkatkan kualiti cucian dan pengurusan pakaian,mendidik pengguna tentang amalan cucian yang betul