KVN1129: SISTEM PENGESAN KEBOCORAN GAS DI DAPUR

RAFIQ ZULHAIRI BIN RUSLI KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Sistem pengesan kebocoran gas berasaskan ESP32 untuk meningkatkan keselamatan dapur. Sistem menggunakan sensor MQ2 bagi mengesan gas mudah terbakar seperti LPG dan menghantar data kepada mikropengawal untuk pemantauan berterusan. Apabila bacaan melebihi paras selamat, buzzer diaktifkan sebagai amaran dan exhaust fan berfungsi untuk mengurangkan kepekatan gas. Selain itu, notifikasi dihantar ke telefon pintar melalui aplikasi Telegram menggunakan sambungan Wi-Fi. Sistem ini membolehkan pemantauan masa nyata walaupun pengguna berada jauh. Secara keseluruhannya, projek ini membantu mengesan kebocoran gas dengan cepat serta mengurangkan risiko kebakaran atau letupan di rumah.