KVO729: MESIN BASUH PINGGAN AUTOMATIK

MUHAMMAD DANIAL BIN KAMSUL KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 21 Views | 112 times | LS: 112.0
Like it? | Support them now!

Penjagaan yang rapi terhadap pinggan yang dicuci, adalah sangat penting bagi memelihara tahap kebersihan pinggan kerana setiap pinggan mempunyai jenis permukaan yang berbeza. Tujuan projek ini adalah untuk membina sebuah mesin pencuci pinggan ringkas yang mudah dikendalikan serta lebih ekonomi untuk dimiliki oleh setiap rumah. Jika dilihat mesin basun pinggan sedia ada dipasaran, kebanyakannya memerlukan kos yang tinggi untuk pemasangan serta tidak mesra pengguna tambahan pula, mesin basuh pinggan sediaada dipasaran tidak ada yang menggunakan motor servo sebagai salah satu medium untuk menggerakkan rak pinggan di dalam mesin cucian pinggan tersebut sekaligus memudahkan pengguna untuk mencuci pinggan. Selain itu, projek ini juga menggunakan lampu tungsten sebagai elemen pemanas. Haba panas dari alat pemanas ini dapat mengeringkan pinggan dengan lebih berkesan. Kefungsian projek ini bermula apabila bekalan kuasa dihidupkan, paparan LCD akan memaparkan "SEDIA UNTUK DIGUNAKAN". Selepas itu, pinggan boleh diletakkan di dalam mesin. Seterusnya, suis pushbutton ditekan untuk memulakan proses cucian.Selepas pushbutton ditekan,LCD akan memaparkan "SEDANG MENCUCI" dan air akan keluar dari alat pancutan selama 3 saat. Setelah selesai, motor servo akan bergerak 90 darjah sebanyak 5 kali untuk menitiskan air yang bertakung pada pinggan.Akhir sekali, lampu tungsten akan menyala selama 5 saat untuk prosen pengeringan dan LCD akan memaparkan "Sedang mengering".Selain lampu tungsten, kipas juga digunakan untuk mempercepat proses pengeringan. Setelah selesai buzzer akan berbunyi dan LCD akan memaparkan "SUDAH SELESAI". Mesin ini sangat sesuai digunakan oleh golongan warga emas serta penduduk pangsapuri untuk mereka mencuci pinggan dengan mudah. Kosnya juga adalah lebih murah kerana untuk membina mesin ia hanya menggunakan bahan yang murah dan mudah didapati. Dan komponen seperti arduino uno, relay, pushbutton switch dan LCD I2C.