YIN753: RAW & PURE ORGANIC SANITIZER

NIK AISYA SOFEA BINTI NIK MUHD SAFARUDDIN SMK DATO' AHMAD MAHER

Produk inovasi Sanitizer Organik daripada Batang, Daun, Akar dan Getah ZZ Plant berasaskan tumbuhan Zamioculcas zamiifolia dibangunkan sebagai alternatif pembersih tangan yang lebih selamat, mesra alam dan berasaskan sumber semula jadi. Penggunaan sanitizer kimia secara berterusan sering dikaitkan dengan masalah iritasi kulit, kekeringan serta pencemaran alam sekitar akibat kandungan bahan sintetik. Oleh itu, inovasi ini bertujuan menghasilkan sanitizer organik yang memanfaatkan keseluruhan bahagian tumbuhan ZZ plant iaitu batang, daun, akar dan getah yang dipercayai mengandungi sebatian bioaktif semula jadi berpotensi antimikrob.Methodologi kajian melibatkan proses pengumpulan bahan tumbuhan, pembersihan, pengisaran dan pengekstrakan menggunakan air suling bagi mendapatkan ekstrak semula jadi. Ekstrak kemudian ditapis dan diformulasikan bersama bahan sokongan organik bagi menghasilkan larutan sanitizer yang stabil dan selamat digunakan pada kulit. Produk yang dihasilkan diuji dari segi keberkesanan pembersihan, bau, tekstur serta kesesuaian penggunaan harian. Hasil inovasi menunjukkan sanitizer organik ini berpotensi membantu mengurangkan pertumbuhan mikroorganisma pada permukaan tangan di samping mengekalkan kelembapan kulit tanpa penggunaan bahan kimia keras. Selain itu, penggunaan sumber tumbuhan hiasan yang mudah diperoleh menjadikan produk ini lebih lestari, kos efektif dan menyokong amalan inovasi hijau. Inovasi ini diharapkan dapat menjadi alternatif sanitizer semula jadi yang selamat serta menyumbang kepada kesedaran penggunaan produk berasaskan alam sekitar.

Kata kunci: sanitizer organik, ZZ plant, antimikrob semula jadi