MUHAMMAD ZULHAKIMI BIN MOHAMAD SABRI KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Projek ’Swaystation’ ini merupakan pembangunan reka bentuk kerusi buai dengan penggunaan 'bearing' khas serta pemasangan produk menggunakan tanggam lekap T. Produk ini direka bentuk bagi menggantikan pengayunan yang menggunakan rantai besi. Metodologi produk ini dibahagikan kepada tiga (3) fasa iaitu perancangan reka bentuk, pembuatan dan pengujian produk. Pembangunan reka bentuk produk dihasilkan menggunakan perisian 'SketchUp'. Seterusnya, pemasangan produk menggunakan tanggam lekap T untuk memperkuatkan sambungan komponen dan mengekalkan estetika reka bentuk produk. Pengujian pula akan mengambil kira keselesaan, ergonomik dan ketahanan. Produk ini menampilkan perspektif baru dan teknologi pemasangan ’bearing’ khas dalam industri reka bentuk perabot. *Kata Kunci : Kerusi Buai, Bearing, Tanggam Lekap T, SketchUp, Inovasi Reka Bentuk