PRO558: TAILOR'S EASY STRAP

NURA'INUL FAZLEEN BINTI KAMARUDIN KOLEJ VOKASIONAL DATO' UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 13 Views | 89 times | LS: 89.0
Like it? | Support them now!

TAILOR'S EASY STRAP SAIDAH NORALIFAH BINTI NORAZMAN, NURA’INUL FAZLEEN BINTI KAMARUDIN, ARMA IBWANA BINTI IBRAHIM YAHYA KOLEJ VOKASIONAL DATO' UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP, 71300 REMBAU NEGERI SEMBILAN Abstrak Kebersihan dan keselamatan merupakan komponen penting dalam proses pdpc amali di bengkel jahitan bagi Program Seni Reka Fesyen. Jadi bagi memastikan kebersihan dan keselamatan ketika proses pdpc amali berlangsung Tailor's Easy Strap telah direka sebagai alat yang membolehkan alatan jahitan yang sering digunakan seperti gunting, kacip benang, peretas dan pelbagai lagi disimpan di tempat yang selamat serta mudah untuk dicapai oleh pelajar ketika menjalankan amali. Tailor's Easy Strap telah direka menggunakan rekaan bengkung yang lazimnya dipakai oleh kaum wanita pada bahagian pinggang serta telah diinovasikan dengan penambahan poket-poket pada bengkung tersebut sebagai tempat menyimpan peralatan yang sering digunakan oleh pelajar. Hal ini dapat memudahkan pelajar untuk mencapai peralatan yg digunakan pada masa yang singkat kerana pelbagai peralatan disimpan pada satu tempat yang sama bahkan dapat menjimatkan masa. selain itu, kebersihan dan keselamatan ketika proses pdpc amali berlangsung terjamin kerana setiap peralatan tersebut disimpan dengan kemas dan selamat pada poket-poket yang terdapat pada Tailor's Easy Strap. Justeru itu, tiada lagi peralatan yang bersepah di meja kerja serta mesin jahit industri pelajar. Hal ini memberikan impak yang positif dalam proses pdpc amali kerana persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan serta ianya memudahkan pihak pensyarah dan juga pelajar. Kata Kunci : Tailor's Easy Strap, PdPc, bengkung