KVO704: SERBUK ROTI BERASASKAN BROKOLI

ANNIS SURAYA BINTI SAPUAN KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH JOHOR BAHRU

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.2078 | 32 Likes | 154 Views | 39 times | LS: 77.7
Like it? | Support them now!

Penghasilan serbuk roti berasaskan brokoli ini dihasilkan kerana produk ini merupakan produk yang masih belum dipasarkan secara meluas di Malaysia yang berasaskan brokoli. Oleh hal yang demikian, penyelidik ingin melakukan kajian terhadap produk ini bagi tujuan untuk mempelbagaikan lagi serbuk roti yang berasaskan brokoli. Tercestusnya idea bagi menghasilkan produk ini kerana menurut Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, 2021 beliau menyatakan bahawa peningkatan sisa bahan buangan makanan semakin meningkat di Malaysia. Salah satu faktornya ialah daripada pembuangan sisa bahan sayuran hijau. Menurut Aan Haryano, 2018 menyatakan tempat sampah terdapat banyak sayuran berada di antara plastik dan kertas. Tujuan projek ini dijalankan ialah untuk membantu mengurangkan pembaziran makanan dan pembuangan sisa bahan makanan yang boleh dikitar semula. Objektif bagi penghasilan serbuk roti berasaskan brokoli ini ialah untuk menghasilkan serbuk roti berasaskan brokoli. Seterusnya, untuk mempelbagaikan produk yang berasaskan brokoli di pasaran. Kajian ini telah dijalankan di Kolej Vokasional (ERT) Azizah untuk mengenalpasti tahap penerimaan serbuk roti berasaskan brokoli dimana seramai 30 orang responden dipilih secara rawak dalam pengedaran borang soal selidik. Pengumpulan data daripada borang soal selidik dianalis dengan menggunakan kaedah pengiraan purata min berdasarkan kaedah statistik deskriptif. Hasil analisis data menunjukkan majoriti responden bersetuju terhadap produk serbuk roti berasaskan brokoli ini dan menerima penghasilan produk serbuk roti berasaskan brokoli. Ia juga berpontensi untuk dipasarkan di pasaran pada masa akan datang dan bersaing dengan pemasar - pemasar yang lain. Setiap penghasilan produk baru pasti akan mempunyai kelebihan dan juga kekurangan, namun begitu beberapa penambahbaikkan perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil produk yang berkualiti