RAMIZAH BINTI SAKUMONING Sultan Idris Education University
Inovasi pendidikan NyaNyiMu merupakan satu modul interaktif yang dibangunkan untuk
memperkukuh kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak awal usia melalui pendekatan
nyanyian lagu rakyat. Modul ini dirangka berdasarkan keperluan semasa pendidikan awal
kanak-kanak yang menekankan pembelajaran secara menyeronokkan dan bermakna,
khususnya melalui pendekatan bermain sambil belajar. Lagu-lagu rakyat dipilih sebagai
medium utama kerana unsur budaya, nilai murni dan mesej sosial yang mudah difahami
beserta dekat dengan jiwa kanak-kanak. Melalui aktiviti nyanyian secara berkumpulan,
kanak-kanak didedahkan kepada kemahiran seperti bertolak ansur, menunggu giliran,
menyatakan perasaan dengan sopan, dan bekerjasama dengan rakan sebaya. Inovasi ini
secara langsung menyelesaikan isu perkembangan kemahiran sosial yang lemah dalam
kalangan kanak-kanak taska akibat kurangnya modul khusus yang menerapkan pendekatan
muzik tempatan. Modul NyaNyiMu turut disokong oleh teori perkembangan sosial Vygotsky
dan prinsip pedagogi PAK21 yang menekankan kolaborasi, komunikasi dan pemikiran kritis.
Faedah inovasi ini dapat dilihat melalui peningkatan interaksi sosial kanak-kanak, sokongan
terhadap perkembangan emosi, serta penglibatan aktif guru dan ibubapa dalam proses
pembelajaran. Modul ini bukan sahaja bermanfaat dan diterima umum, malah berpotensi
menyumbang kepada inovasi sosial dengan
Kata Kunci: Modul Interaktif, Pendidikan Awal, Kemahiran Sosial