KVO456: CORASI 2.0

Nurjehan Binti Basni Institute Of Teacher Education Tawau Campus

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 16 Views | 38 times | LS: 38.0
Like it? | Support them now!

Inovasi CORASI 2.0 wujud ekoran pelbagai tanggapan dan isu dalam bidang pendidikan yang menyatakan bahawa subjek Matematik merupakan antara subjek yang membosankan dan sukar difahami. Justeru, inovasi CORASI 2.0 dihasilkan untuk menarik minat murid untuk belajar operasi matematik melalui didik hibur permainan congkak. Inovasi ini juga dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru melalui suntikan keunikan dan penambahbaikan daripada permainan congkak tradisional ke dalam Congkak Operasi. Dalam hal ini, permainan warisan congkak dapat dipromosikan dalam kalangan generasi muda yang dipercayai semakin lapuk disebabkan perkembangan pesat teknologi zaman kini. Inovasi ini memberi sasaran kepada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 dalam subjek Matematik sekolah rendah dengan menekankan empat kemahiran asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang perlu mereka kuasai. Selain itu, CORASI 2.0 menggunakan bahan yang mesra alam, murah dan mudah didapati serta proses penghasilannya yang mudah. Kami telah berjaya membawa CORASI 2.0 untuk diuji lari di sekolah rendah dengan melibatkan murid-murid seramai 30 orang dan terbukti keberkesanannya bahawa murid berjaya menjawab soalan-soalan operasi matematik dengan mudah berbanding mengira tanpa penggunaan CORASI 2.0. Inovasi ini telah terbukti mampu meningkatkan keterlibatan murid secara menyeluruh dalam subjek Matematik serta menjadi wadah yang berkesan, efisien, kreatif serta inovatif sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran murid pada abad ke-21.