NORALIZA BINTI MOHD YAZID KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG
Projek yang dibangunkan adalah berkisarkan tentang pembinaan sebuah Aplikasi Pendidikan, bertujuan untuk memudahkan para pensyarah dan pelajar menggunakannya sebagai bahan bantu mengajar bagi subjek Guntingan Rambut Wanita. Aplikasi ini dibangunkan untuk membantu pensyarah Sijil Dandanan Rambut di Kolej Komuniti seluruh Malaysia dengan menyediakan nota , kuiz ,dan video tatacara pembelajaran yang lengkap dan mudah diakses di mana-mana sahaja. Pembangunan aplikasi ini diilhamkan disebabkan wujudnya keadaan dimana pensyarah menggunakan cara manual untuk memberikan nota secara hardcopy kepada pelajar dan cara ini mempunyai banyak kelemahan seperti nota yang diberikan mudah koyak dan hilang. Oleh yang demikian, timbulnya idea untuk membangunkan aplikasi ini yang diberikan nama Style Sync : Your Pocket Salon. Objektif bagi pembangunan aplikasi ini adalah membangunkan dan menguji satu aplikasi yang pelajar dapat mengakses dan menyimpan nota dengan mudah, menguji aplikasi yang dibangunkan iaitu Aplikasi Style Sync : Your Pocket Salon. Dengan adanya aplikasi ini, ianya dapat memudahkan pensyarah untuk memberikan nota dan kuiz kepada pelajar. Selain daripada itu, pelajar dapat membaca nota dan menjawab kuiz di mana mana dan pembelajaran akan menjadi seronok dan tidak membosankan.