KVO224: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR BAGI MEMBANDINGKAN JUMLAH ARUS MENGGUNAKAN PENUNJUK LED

AHMAD HAZIM BIN MUHAMAD KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.1739 | 20 Likes | 115 Views | 62 times | LS: 85.5
Like it? | Support them now!

Platfom penyampaian wadah ilmu pada zaman kini menyaksikan pelbagai kemajuan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran terutamanya alat bantu mengajar elektronik yang seiring dengan abad ke-21. Penggunaan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan, dapat memberi impak positif kepada tahap pencapaian kefahaman pelajar. Dalam kajian ini, pendekatan yang diambil adalah berpusatkan pelajar menerusi penggunaan kaedah temubual serta borang kaji selidik. Respondan yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar diploma semester dua bagi memahami konsep kendalian arus menggunakan pengukuran kecerahan LED. Pengaturcaraan MPLab, turut diimplimenkan bagi memberikan kesan automasi pada LED. Hasil kajian mendapati kefahaman pelajar tentang konsep kendalian arus dapat difahami dengan baik dan dapat menjimatkan masa dalam penyampaian PdPc. Walaubagamanapun, perkembangan dunia teknologi yang melibatkan alat bantu mengajar ini amat pantas dan menunjukkan pelbagai kegunaannya. Sehubungan itu, diharapkan para pensyarah terutamanya di peringkat institusi pengajian tinggi dapat menggunakan ABM yang seiring dengan silibus pembelajaran agar masa pengajaran dan input pembelajaran dapat dimanfaatkan sebaiknya.