KVO343: Olena

NORAZIHANIM BINTI RAHIM KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 23 Views | 106 times | LS: 106.0
Like it? | Support them now!

Proses penyembuhan merupakan suatu proses yang kompleks. Jika proses ini terganggu, ia akan menyebabkan jangkitan, luka kronik dan berparut. Secara komersialnya, akriflavin merupakan bahan kimia yang digunakan merawat luka. Namun, ia memberi kesan sampingan seperti kegatalan dan iritasi kepada pengguna. Krim Olena merupakan satu produk daripada ekstrak daun kapal terbang Chromolaena odorata. Chromolaena odorata mengandungi bahan aktif seperti terpenoid, flavanoid dan alkaloid yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Oleh itu, krim Olena dihasilkan sebagai ubatan alternatif yang berkesan untuk penyembuhan luka. Bagi menguji keberkesanan krim, data dikumpulkan dengan pengujian aktiviti antimikrobial kepada Streptococcus dan Staphylococus yang diisolasikan daripada luka dan seterusnya kepada responden yang cedera. Akriflavin digunakan sebagai kawalan. Ujian antimikrobial menunjukkan krim Olena memberikan kesan sensitiviti terhadap bakteria Streptococcus dan Staphylococus. Berdasarkan kajian terhadap responden, didapati tempoh penyembuhan luka dikurangkan kepada lima hari selepas penggunaan Olena berbanding tujuh hari dengan menggunakan akriflavin. Akhir sekali, pengujian keberkesanan krim Olena kepada responden dilakukan. Novelti bagi produk OLENA ialah O (Obtainable) - Daun Chromolaena odorata mudah didapati kerana tumbuhan ini tumbuh meliar. L (Lasting) - Produk ini mampu bertahan selama 6 bulan tanpa bahan pengawet. E (Effective) - Produk ini mampu merawat luka kecil tanpa kesan sampingan. N (Natural) - Produk ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan tidak menggunakan bahan kimia yang berbahaya. A (Antimikrob) - Daun Chromolaena odorata mempunyai ciri-ciri antimikrob yang akan mengurangkan bakteria yang terdapat pada luka. Kesimpulannya, produk ini terbukti mampu menjadi ubatan alternatif yang berkesan untuk penyembuhan luka di samping selamat digunakan kerana dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi.